Thursday, 4 July 2013

Percutian ke Krabi (8-11 Mei 2013)

Mei 2013 yang lalu, Kak Wan dan hubby pergi bercuti ke Pulau Krabi, Thailand. Actually this was our 2nd visit. Last time we went there celebrating our 2nd anniversary on 2011. Memang Kak Wan suka sangat krabi ni. 7hb tu minta tolong bestfriend husband untuk hantar kami ke Stesyen Komuter Kajang. Dari situ naik tren ke KL Sentral dan dari KL Sentral kami naik KL Sentral-LCCT Transit Express Bus. Memang sengaja nak menggunakan public transport sebab tema percutian ni adalah Adventure. So sampai LCCT dalam pukul 11malam. Flight ke Krabi pukul 7 pagi, so janggut jugaklah nak menunggu. Kami melepak sambil minum Hot Chocolate di Coffee Bean. Sambil menghirup minuman kegemaran Kak Wan, Kak Wan guna masa tu untuk membaca buku kegemaran Kak Wan jugak iaitu 'Retire Young and Retire Rich' tulisan Robert Kurosagi. Banyak perkara yang kita dapat belajar dari buku beliau ni antara yang paling Kak Wan suka pasal jenis-jenis income(ordinary, passive dan portfolio income). Pasal buku ni nanti Kak Wan akan buat entry lain. Specifically on that particular book.

Kami sampai Krabi jam 8.30pagi (waktu Malaysia) dan 7.30 pagi waktu Thailand. Dari airport ambil taxi (600bath, lebih kurang RM60++) untuk ke tempat penginapan Ananta Burin Resort. Sampai je hotel tak boleh check-in lagi sebab check-in time pukul 12.00 tengah hari. Huwarrggghhh, Kak Wan dah ngantuk dan letih ni sbb semalam di ofis memang sibuk sangat dan kat airport pulak tak boleh tidur. Memang penat. Tapi takpe la, kiteorang sewa skuter dengan pihak hotel (600bath untuk 3 hari). Tempat pertama kami pergi adalah makan Thai Pancake Banana Nutella. Memang Kak Wan suka sangat pancake ni. Ala-ala murtabak tapi di'fry atas flat pan diletakkan hirisan pisang berangan segar dan disapukan dengan Nutella..memang lazat tak terkata. Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan dan anda boleh pilih mana yang berkenan di hati.



Banan Nutella dan Shrimp Tempura yang rangup



Minum Hot Chocolate dan membaca buku kegemaran adalah HEAVEN!



Day 1 (Khamis-9 Mei 2013)


Untuk hari pertama ni, kami ke Emerald Pool+Kayaking Tour. It costs us 1400bath. Tour Agent ni kira ok sebab kami boleh nego harga package. Pakej termasuk makan minum tau. So, selepas breakfast dalam pukul 9.00 pagi tour agent datang pick up dengan van. Selepas kira-kira 45minit perjalanan kami tiba di Ao Tha Lane. Pengalaman berkayak bersama en hubby sangat best. Sebenarnya pulau ni ada banyak canyon dan lagoon. Laluan dia boleh tahan berbelit-belit dan agak mencabar.Ada 4 pasangan means 4 boat yang ikut tour pada pagi tu.Yang Kak Wan ingat selain kite orang ada Couple 1(Sean & Julie) Couple 2 (Germany) Couple 3 ( Chiang Mai)  dan sorang lagi mamat Germany tu berkayak sorang-sorang. Ada dua orang agent tour lead kami pada hari tu. Perjalanan kayak amik masa dari jam 9.30 sehingga 1.00 petang camtu. Memang menarik. Paling lucu sekali bila tiba di satu canyon tu ada a few monkeys. Kak Wan memang tak boleh tengok haiwan rasa cam kesian jer, sambil duk perhatikan monkeys yang bergayutan atas boat kayak tu Kak Wan tetiba teringat yang breakfast pagi tadi kat hotel Kak Wan ada ambil beberapa biji pisang berangan buat bekal. Ye la dah tahu nak berkayak so amik la pisang tu sebagai bekalan kalau lapar sambil berkayak. Kak Wan minta en. hubby keluarkan pisang dari floating bag dia, sebaik saje monkey ni nampak ade makanan terus dia lompat naik dari atas pokok ke atas boat kami. Bila sekor dah ambik yang lain pun mula la lompat naik atas boat kami. Siap ada seekor tu duduk atas paha Kak Wan sambil tengok Kak Wan dengan muka kesian. Yang si Julie lagi kelakar dia sampai menjerit2 bila monkeys tu semua naik atas boat dia. Kalau sekor takpe diknon oi, ni dan bereko2. Sampai agent tour kami marah dalam bahasa siam dan arahkan en. hubby baling floating bag tu pada dia barulah monkeys tadi beredar naik ke atas pokok. Fuh! Kak Wan ni tidakla takutkan monkeys, tapi bila dah ramai2 naik atas boat tu cuakla jugak kak wan ni.

Lagi satu insiden yang tak boleh lupa, bila kami nak menghampiri satu kawasan canyon, kebetulan ada satu group tourist menghala dari arah bertentangan. Muka masing-masing cuak. Rupanya kat hadapan kami diorang menyaksikan seekor ular gergasi menyelam (betul ke penggunaan kata ni?) dan melintasi group of tourist ni. Alamak! Kak Wan kecut jugak sambil pandang ke en.hubby. Sambil tu baca la jugak apa yang patut. Nasib baik tak nampak apa-apa. Ye la kawasan mangrove (berpaya) camni memang la kawasan dia kan. Sepanjang berkayak tu, en.hubby dan Sean (tourist dari UK tapi kahwin dengan orang Malaysia) asyik bersembang. Couple ni tak bawak camera sbb tertinggal dalam bilik hotel...so bila samapai kat tempat-tempat yang nice dia akan minta kami untuk tolong ambil gambar dia. Sempat bertukar-tukar emel. Untuk kami send gambar diorang.

Rasanya cukup dulu nukilanku kali ini. Sebenarnya nak update entry yang dah lama bersawang dalam Draft ni.





No comments:

Post a Comment