Thursday, 4 July 2013

Our Journey - Iui #3

Kali ni nak cerita pasal proses IUI yang aku dah jalani. Sebenarnya dah laaamaa sangat ingat nak cerita pasal perjalanan TTC kami ni. Tapi asyik bertangguh. Selalunya lepas jumpa doktor gynae, memang aku akan update dalam iphone. Pakai application Notes tu. Ok la, perasaan malas akan ku buang jauh-jauh. Moga jika ada di antara anda yang berniat nak buat IUI akan dapat sedikit sebanyak gambaran. Macam aku sebelum ni pun memang banyak baca dari blogger TTC. Untuk makluman korang, ini adalah IUI yang ketiga buat aku dan DH. The previous 2 IUI failed. So selepas hampir 6 bulan aku ke HKL pada Hari ke dua period. CD2 (short form). Then CD11 disuruh datang balik untuk Tranvaginal Scan (TVS). TVS ni nak tengok size follicle dalam ovari. Sebenarnya starting from CD2-CD11, doctor prescribed Gonal F sebanyak 75iu yang perlu disuntik ke pertu setiap pagi pada waktu yang sama. Hal cucuk mencucuk ni bg aku dah takde masalah coz dah biasa buat IUI#2 yang perlukan aku untuk suntik Folliova setiap malam. Ni Notes aku copy bulat2 dari iPhone 5 aku.

Tvs #3 = D11
Smpai lmbt. Kuar rmah jam 6.55 am smpai 9.00 am nk cari paking lg..kena tgur ngn nurse. Tp i said sorry and told them usually i came early, this is my fault. Nurse shima n shazlin scan. Agak lama dan dan detail.
Finding- pcos byk folikel tp x mtg, mcm tvs  ke 2 jgk. Tak ada egg yg matang; plg bsr 12 mm.
Kna turun nkan dberat bdn (berat aku 63 dgn ketinggian 162 cm...hmmm kena usaha lagi nak turunkan ke 59kg).Dr. prescribed ubat gonal f dh inject atas perut 9 x starting on D3 menstrual. Amik susu khisbun jgk sekali sehari. Minum air self- made utk kesuburan( blajar dr buku ustaz harun din); DH pun minum jgk.
Selepas TVS #3 kena sambung ubat gonal f smpai D13( khamis) jumaat ni buat iui. Tapi Gonal-f yang ni bukan jenis pen. Sakit betul waktu nak masukkan ubat dalam perut (yg cucuk x sakit sbb ada spare  tyre. ngih ngih ngih!)


TVS #4- D 13-13 hb june 2013
Nurse shima  dan Nurse shikin buat tvs, smpai awal jam 7.20. Finding: 2 follikel 16mm belah kiri. Nurse shima kata ada chance nk dpt twin, aku reply insyallah kalau conceive. Dia kata tggu dr, smada nak proceed iui esok atau isnin. Kalau isnin kene check O guna ovulution kit dan jika positif kena bersama..(yang ni aku xnak komen sbb nanti aku sedih)

IUI #3- D14
Today cuti. Pegi masjid jamek bangi nk solat tp dior g dh setting utk solat jumaat..then ke surau seksyen 8 - ada kelas kanak2 then pegi seksyen 7 solat kat situ..aku buat solat dhuha, taubat dan hajat..bacaan yaasin dan zikirullah. Call mama jugak minta tolong doakan. Aku dan DH akan berikhtiar. We'll never surrender before the battle begins. Di hospital, sesi kumpul specimen berjalan lancar.
Kami disuruh kmbali jam 3.45. Agak nrvous tp x senervous waktu 1 st time dlu.
Jam 4.20 prosedur dijalankan.. Nak ikut dlm 32 jam slps suntik pubergen- hsg shot. Hsg shot akan keluarkan eggs dlm tempoh 24-36 jam.. Makna ya wktu specimen (sperm) injected follies dh kuar atau ready nak kuar bila2 masa...

15-16 jun 2013
Baca psl retroverted uterus dan iui.. Ada pandangan kat xkan effect rsult iui ada yg kata ada.. Hmmmm
Kali ni aku d minum ais for the first 2 days..3rd days minum sikit. 
Kurangkan pkai heels dan x mkn benda2 berhalia dan bergarlic coz panas.

22 jun 2013- 8dpiui
Member aku temankan aku jumpa makcik dr kulai. Makcik tu mak kwn dia.  
Smpai dlm 5ptg sbb sesat2 lagi. Sebelum tu temankan Dayah amik pelamin nikah dkt restoran zam2 alfarabi.Member aku ni muda lagi umur 27 dan ada business butik pengantin, hujung minggu dia buat kerja kawin, hari biasa kerja ofis). Makcik (nama lupa nak tanya) suruh baring, sambil pejam mata dia baca doa2 .. Istighfar, sebut nama Allah dan nabi..sambil dia urut perlahan2 perut. Aku x bagi dia sentuh atau urut sbb baru 8dpiui aku bgtau dia. Rasa beberapa point dlm perut mcm mencucuk2. x kuat sgt rasa sharp tu.After 5-8 min dia bkk mata. Makcik bgtau ada nmpak huruf wau dan bulat di tengah2..kaler merah. Makcik kata dh ada benih tapi dia x tau kenapa kaler merah. Dan ada bulat.perasaan aku? Berbaur. Ikut cerita Dayah makcik ni pernah berubat sedara dia yg dh lama xde anak tp lps urut dia bgtau nmpak huruf wau tp wau hijau. Aku wau merah. Nak percaya atau tak. Aku serahkan hanya pada Allah. Dia Maha Mengetahui. Makcik pesan jgn mkn benda2 yg blh panaskan rahim- garlic, halia, lada. Lps solat aku dibri air tapis dan kna minum air-baca istighfar, selawat, fatihah. Ada doa manja ( anak makcik) bg suruh baca tp aku was2 sbb ada perkataan Allah nikah, muhd wali. Jd aku gantikan dgn doa kesuburan yg aku baca.lupa nk ckp makcik juga genggam angin dia buat lps solat satu utk aku satu utk dayah. Suruh kami telan.
Balik umah jam 9mlm. Hntr dayah ke kereta dia yg ditinggalkan dpn restoran zam2. Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku terfikir-fikir pasal kaedah perubatan makcik tadi. Sebab ada beberapa ayat yang diambil dari buku makcik tu (kitab doa dia) yang aku ragu-ragu. Ya memang aku inginkan cahaya mata, tapi aku mohon supaya Allah jauhkan aku dr perbuatan dan usaha yang boleh mencemarkan aqidah. Aku yakin satu hari nanti Dia pasti perkenankan doa kami dan berkati semua usaha kami.

24 jun 2013-10dpiui
Rasa sengal dr pagi.mcm nak period kut?biasa kalau period day 28 dlm cycle -4 days ahead mesti sengal sehari atau 2 hari sebum. Mungkin kesan duphaston (pil yang doctor bekalkan utk support rahim jika berlaku pembenihan) sbb tu rasa sengal.tp smlm and today aku belum mkn duphaston. 
Ke ofis pkai flat kaler mrah sbb flat kaler itam trtinggal di ofis.
Aku dh byk kali sgt kecewa. Kali ni bulat2 hati aku serah pd Allah.jika Dia kata ada adalah, jika tiada makna kena usaha lagi.

25 jun 2013
Start period jam 4pm. Aduhai sabar dan redha ye...
Period flow heavier by the evening.sob sob...








No comments:

Post a Comment